Lupakan yang semalam. Ingat yang akan datang. Buat yang terbaik melebihi dari semalam
Tahun baru muncul lagi. kesibukan kerja dan pelbagai urusan benar-benar membuatkan aku tidak sedar masa yang yang berlalu. Pejam celik. Pejam celik. Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya dan kini sudah masuk tahun 2013, tahun lain dalam kalendar semestinya akan tutut mencatatkan lembaran-lembaran baru dalam kehidupan.
Hari-hari berlalu dengan cepat sehingga tak terasa betapa pantasnya detik waktu berjalan. Tak sangka akhirnya jawatan yang memang digeruni semua pelajar akan aku sandang. Tahun 2013 akan bermulalh kisah hidup aku sebagai Pelajar Calon SPM. Kadang-kadang aku cubit pipi aku nie betul ke? Aku dah nak masuk Form 5 (even badan aku orang tengok macam still student darjah 6) .
Adakah tahun ini akan sama seperti tahun lalu? Atau adakah ia akan lebih baik? Semuanya urusan ALLAH SWT. Dalam resah, aku membelek buku yang memetik kata-kata daripada Dr Aidh Abdullah Al-Qarni.
Biarkan masa depan datang dengan sndirinya dan jangan terlalu cemas dengan hari esok. Sekiranya anda melakukan terbaik pada hari ini, pasti hari esok akan baik juga.
Tak dapat aku nafikan hidup ini ada naik turun nya. Macam roda. Sekejap kita kat atas sekejap kita kat bawah. Korang kena ingat manusia tak selalunya kat atas dan kat bawah tau. Tahun 2012 telah memberikan aku kenangan pahit manis. Kesibukan aku pada tahun 2012 aku kena kurangkan nampaknya pada tahun 2013. Tahun 2012 planner aku penuh dengan aktiviti2 yang dirancang dan tak terancang.
Tiada apa yang lebih aku harapkan pada tahun 2013 tetapi hanyalah kecemerlangan dalam SPM nanti. Korang sumer kena doakan aku tau Selain doa mama dan ayah, doa dari brothers and sisters macam korang amat aku harap. Semoga segala impian dan azam aku untuk tahun hadapan akan tecapai hendaknya. InsyaALLAH.
Ada lagi perkara-perkara lain yang ingin dicapai aku. Tidak kiralah apa jua azam kita, ikhlaskanlah niat kerana ALLAH. Kerana baru aku sedari apabila kita niatkan kerana ALLAH, kita akan menjadi LEBIH REDA jika apa yang kita usahakan itu belum tercapai. Bukan tdak tercapai, tetapi mungkin belum tiba masanya keran kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita. Hanya ALLAH yang tahu.
Namun satu yang aku pasti ialah apa jua yang kita lakukan, kita lakukan lah dengan terbaik. Tindakan selari dengan niat. Usaha selari dengan keazaman. Aku juga akan berusaha untuk tidak melakukan perkara di saat-saat akhir. Bagi aku azam, matlamat dan impian itu seharusnya dipasang pada setiap saat kita bangun dari tidur pada setiap pagi pada hari yang baru.
Cabaran itu pasti kerana begitulah sunnatullah. Tanam dalam diri bahawa setiap usaha itu akan berbuah kemanisan.
SEMOGA TAHUN 2013 memberikan sinar baharu dan 1001 keberkatan kepada aku serta my brothers and sisters di luar sana. 2013 tidak lagi menjadi kegusaran aku. Akan aku cuba menjadikan ia tahun yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Akan aku cuba coretkan kisah-kisah manis. Akan aku cuba menjalani hari dengan lebih bermanfaat. Bukan keran sesiapa atau apa. Cukup sekadar melakukan untuk diri sendiri.
Bagi SPM Candidates seperti AKU, Chaiyok3x !!! InsyaALLAH aku doakan yang terbaik buat kalian semua dan moga kejayaan milik kita bersama. BUAT ANYONE OUT THERE semoga anda Berjaya dengan apa yang anda lakukan dalam hidup anda. Jangan pernah jemu berusaha. Semoga segala impian dan azam anda tercapai. CEKALKAN HATI. KUATKAN SEMANGAT. DAN TERUS MENGEJAR MIMPI
Tinta penulis : Jangan takut menggapai bintang. Walaupun tak berdaya. Tanpa keberanian mimpi tak bermakna. TERUS BERDIRI, BERLARI DAN KEJAR IMPIAN ANDA.
Tinta penulis : Jangan takut menggapai bintang. Walaupun tak berdaya. Tanpa keberanian mimpi tak bermakna. TERUS BERDIRI, BERLARI DAN KEJAR IMPIAN ANDA Renungilah makna dari Surah Ar-Ra’d ayat ke-11 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri “
#May ALLAH Bless
0 comments:
Post a Comment