Assalammualaikum
Harap anda-anda sihat hendaknya (macam la ada ramai pembaca blog ni)
Sekarang musim tengkujuh. Alhamdulillah hujan rahmat membasahi bumi. Jangan lupa baca doa ketika hujan ye :) Sebut pasal hujan teringat pula satu cerita. Tetapi hari ini bukan nak cerita pasal hujan(lain kali kami cerita pasal hujan kat ampa semua naa) In shaa Allah.
 |
Paling belakang gambaq first day nak masuk kelas :) |
Hari ni nak berkongsi kisah pasal cermin. Dan selfie. Cuba lihat diri kita kat cermin. Apa yang anda lihat ? Ya semestinya diri anda. Kita lihat diri kita kemudian kita halakan pandangan kepada orang lain. Mungkin kita pernah rasa sebegini. Rasa mengapa kita tak mampu jadi seperti mereka. Selalu kata dalam hati "Awat aku tak macam depa? " Kita lihat pada mereka yang punya harta segala tapi kita serba sederhana. Kita lihat pada mereka yang sibuk menguruskan majlis, seminar, projek sana sini sedangkan kita hanya ada urusan hari-hari biasa. Tiada yang luar biasa. Mereka punya banyak jawatan dipegang tapi kita hanya pelajar biasa. Mereka bisa menghafal formula segala, dalam gelak ketawa pun masih boleh skor , tapi kita perlu susah payah panjat tangga. Kita lihat pada mereka yang terer bab hadis, sejarah islam semua hafal la. Tapi kita masih nak merangkak baca alif ba ta. Apakah kau merasa diri tidak berguna, wahai anda ?

Balik pada cermin. Cuba lihat diri anda. Anda yang saya kasihi, ya anda! Kita semua ini istimewa tahu ? Kita ini berbeza tapi punya keistimewaan masing-masing. Itu cara mereka. Ikut cara kita. Jangan pernah rasa kecewa putus harapan dan rasa tidak berguna. Setiap dari kita ini hebat kerana kita dicipta oleh PENCIPTA yang Maha Hebat. Biar manusia tidak sempurna tapi bukankah kita dicipta oleh yang Maha Sempurna. Ikhwah akhwat sekalian, BANGKIT !
Biar kita tak punya harta selambak, tapi kita sedang berusaha dan bekerja secara halal mencari rezeki.
Biar kita tak punya banyak urusan untuk diuruskan, tak ada 'meeting' yang perlu dihadiri sana-sini, tapi kita punya masa dengan keluarga dan mereka yang tercinta.
Biar kita tak punya minda sehebat mereka yang beri jawapan sepantas kilat saat soalan masih belum habis diaju, tapi kita bertatih dan sedang membina tembok kejayaan. Usaha kita giat.
Biar kita tak punya ilmu agama yang banyak seperti mereka, tapi bukankah kita sedang cuba mempelajari dan mencarinya ?

Percayalah Allah telah menetapkan terbaik buat diri kita. Dan paling penting ucaplah Alhamdulillah atas kurniaan Allah pada kita. Tubuh badan kita, pancaindera, kebijaksanaan, senyuman dan semuanya. Bersyukurlah pada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Jalani kehidupan dengan sebaik mungkin. Biar tidak dikenali di kalangan manusia tapi disebut oleh penduduk langit. Teringat kata seorang pencetus ummah Hafiz, "Jadilah insan special di sisi Allah SWT " :)
Untuk ingatan pada diri saya juga, kenapa nak jadi seperti mereka yang lain sedangkan kita mampu melakar sejarah tersendiri dalam kehidupan. Berus dan kanvas sudah ada. Tinggal untuk mencorakkannya dengan cara tersendiri. Percayalah, beralihlah dari titik yang sama. Percaya pada diri dan yakin pada Allah.
P/S : Mohon doa anda agar saya menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam diri, dunia dan akhirat :) Terima kasih
0 comments:
Post a Comment