Assalammualaikum
Bagaimana pula definisi ‘baik’ di Negara kita. Jom, lihat apa yang Hlovate nukilkan untuk tatapan pembaca dalam novel VERSUS. Jika anda islam , baca la , tak terniat nak perli sesiapa :)
Definisi ‘baik’ di SINI lain sebab definisi tu dibentuk oleh masyarakat keliling. Biasanya kita kat SINI akan label baik tu apabila…say…a girl pakai tudung lepas ke bawah, then pakai long sleeves, dan pakai stoking siap. That’s ‘baik’ for OUR COUNTRY standard. Kira cukup baik la tu. Alim kata orang kita. Quote, unquote. Tapi, kita kena tengok balik. Pergaulannya dengan different gender macam mana? Terjaga atau tak? Kalau bab aurat dah settle tapi pergi karaoke lounge, pergi konsert, pergi cinema adakah masih boleh bawak lessen ‘baik’ tu jugak lagi.
Sebab benda tu semua orang buat, dah jadi norm, benda tu dah kira tak salah. Kadang-kadang kita terikut sangat dengan hukum manusia sampai lupa hukum Allah. Nama pun kita ni ‘insan’. Daripada perkataan Arab dia ‘nasi’. Maksudnya lupa. Memang la kita ni manusia yang pelupa. Sebab tu kita kena saling mengingati sesama Islam.
Bila ada orang MENASIHATIMU, BUKAN bermaksud mereka LEBIH BAIK,
Bila ada orang MENASIHATIMU,BUKAN bermakna mereka LEBIH 'ALIM,
Bila ada orang MENASIHATIMU, BUKAN bererti mereka MENUNJUK PANDAI,
TETAPI semata-mata kerana mereka itu MENYAYANGIMU &
mereka MENGINGINKAN yang TERBAIK buat dirimu
Sebenarnya kalau nak diikutkan…apabila difikirkan balik…kita pun tak faham sebenarnya macam mana kita boleh missed all the basics of the benda yang kita kena tau. Benda-benda basic macam kena cukup solat lima waktu sehari semalam, kena faham maksud Quran, tak boleh redah masuk club sesuka hati, masuk panggung wayang, kena jaga aurat, kena jaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Kalau nak diikutkan semua orang tau je benda-benda tu tapi ia dah mejadi norm kat Malaysia. Tak rasa salah sebab hampir semua orang buat. Tak jadi isu kalau tak ikut hukum pun. Padahal semua orang tau je pasal syurga, pasal neraka. Nak ikutkan semua pernah belajar kalau tinggal solat tu masuk neraka, kena seksa. Tapi pelik kenapa memang selama ni tak pernah rasa apa-apa. Tak ada rasa takut ke bersalah ke.
Sebenarnya... semua WANITA Islam tahu menutup AURAT itu WAJIB...
Sebenarnya... semua LELAKI Islam tahu BATASAN aurat nya juga...
Sebenarnya... semua org tahu KIAMAT itu akan tiba...
Sebenarnya... semua orang tahu kalau PEMBALASAN itu PASTI ada..
Sebenarnya... semua orang tau NERAKA dan SYURGA itu wujud...
Sebenarnya... semua orang TAKUT bila bicara tentangnya..
Sebenarnya... semua orang tahu...
*Cuma...
~> Sebenarnya.. RAMAI ORANG BUAT TAK TAHU ==" !
Agaknya sebab dah jadi norm dalam society sampai kita sendiri rasa benda tu isu yang besar. Padahal bukan benda yang memang semua orang buat tu semestinya betul. Tapi tu la, susah sebenarnya nak ubah benda yang kita dah biasa. Tau pasal syurga neraka pun kita sekadar tau ikut angin lalu je. Tak basah pada hati. Actually, its normal untuk larut dengan majority tapi tu bukan alasan untuk kita jadi lalang bergoyang kiri kanan dengan hanya ikut orang. Hukum Tuhan tu memang dah nyata. Hukum Tuhan kata walaupun kita ended up jadi orang yang terasing, memang so be it la sebab islam tu datang dalam keadaan dagang. Dan apabila dunia dah nak sampai ke hujung pun akan jadi dagang jugak.
Untuk tak larut memang la payah. Sebab kena mujahadah. Kena istiqamah. Sebab kadang-kadang kita ikutkan hati perasaan dan kehendak keliling, tak fikir sangat pasal tuntutan yang sepatutnya. Dengar macam susah kan nak jadi baik. Tapi tak salah untuk ubah one thing at one time. Something is better than nothing. Tak ada benda yang mustahil kalau Allah dah izinkan. Kalau Dia kata kun faya kun, jadi benda tu.
Tinta Penulis: Patut kita muhasabah diri kita dengan apa yang telah digariskan dalam al-Quran dan sunah. Cuba kita timbang diri kita dengan neraca yang sama. Cukup atau tidak untuk kita letak diri kita sebagai individu Muslim yang ideal. Kalau nak kita boleh rujuk antara Muasofatul Muslim yang telah digariskan oleh Assyahid Imam Hassan al-Banna. Sejahtera ke akidah kita? Sahih ke ibadah kita? Kadang-kadang apabila dah baca satu dua buku pun dah rasa masya-Allah…hebatnya aku. Berilmu ni. Apabila buat qiyam sekali-sekala dan rasa masya-Allah…zuhudnya aku.
Tak adil la kalau kita nak judge pasal Islam dengan tengok orang Muslim sekarang sebab kebanyakan Muslims sekarang ni pun bukannya betul-betul seratus peratus practice Islam.Tapi walau horrible macam mana pun seorang Muslim tu,Islam itself masih cantik jugak.”- Hlovate.
#MayALLAHBless
0 comments:
Post a Comment