Assalammualaikum
![]() |
Gambar Kenangan |
Tidurku tidak
lelap jika aku tidak mencoretkan apa-apa di sini kerana memori semalam cukup
indah. Kesakitan di badan masih terasa akibat kegigihan mendaki Muka Head di Taman Negara Pulau Pinang.
Tanggal 23 November 2012 aku bersama sahabat-sahabat Kafe @ Teen yang lain
telah menjalani ekspedisi mendaki Pantai Monkey Beach.
Cuaca begitu
mengizinkan kami untuk menikmati anugerah ciptaan Tuhan dan kami gigih
meneruskan perjalanan merentasi hutan selama satu jam. Kedengaran bunyi-bunyi
penghuni hutan yang kecil dan comel menceriakan suasana.
Sampai ke
destinasi yang dituju masing-masing kepenatan namun desiran pantai yang membuai
mampu menenangkan jiwa-jiwa insan.
Masing-masing terbuai melayani perasaan masing-masing sambil menikmati
indahnya nikmat Maha Pencipta.
![]() |
Dari Kiri : Alia,OwnerBlog,Naif and Faris |
Angin bertiup
sepoi-sepoi bahasa dan daun nyiur pun melambai bagai mengalu-alukan kedatangan
kami. Aktiviti seterusnya diisi dengan permainan-permainan yang telah dirangka.
Silaturahim yang sedia terjalin dieratkan, hati yang tidak sehaluan disatukan.
Setelah penat
bermain, tibalah masa untuk pulang. Kami pulang menaiki bot dan di kala itu
awan telah memuntahkan muatannya ke bumi. Sampai ke daratan tibalah masa
bermunajat kepada yang MAHA ESA atas perjalanan yang penuh BERMAKNA.
Melalui lensa
kamera aksi-aksi diambil. Dan memori-memori di sini dirakam hanya dengan satu
klik. Setiap gambar ada cerita
Atas BAtu PUn Leyh Pose |
Me and ALIA |
Dalam Bot |
Muka Penat Dowh :) |
Setiap pertemuan
pasti ada perpisahan.
Itu adat
Moga ALLAH
merahmati kembara kita pada hari ini
Kita bertemu
kerana ALLAH
Berpisah jua
kerana ALLAH
Kalau JODOH kita
Kuat
Dan hubungan ini
DIRAHMATI
INSYAALLAH kita
akan bersua lagi
Kerana ALLAH J
Tinta Penulis :
Sesungguhnya kenangan semalam adalah kenangan yang cukup manis untuk diimbas
kembali sehingga tidak jemu jika diingati selalu.Ingatlah, sejauh mana kita
memori bersama takkan pernah ku lupa,, kerana kenangan ini terlalu manis
sehingga boleh menyebabkan DIABETES. Walau jauh di mata namun
awak…awak..awak..dan awak..Tetap di hati Gadis Sunti ini
---------------->
NURUL SHAZLINA YAZIS
Terima kasih daun
keladi kepada fasilitor-fasilitor dan sahabat-sahabat semua
#MayALLAHBless
Nanti bila kita semua free, kita pi hiking sama-sama lagi.
ReplyDelete