KEM NILAM KEBANGSAAN 2013 :D

Assalammualaikum

         Dah berhabuk nampaknya blog empunya diri. Diri ini begitu sibuk dengan memenuhi aktiviti-aktiviti sehingga tiada kekangan masa untuk mencoretkan aksara di medan ini. Berbalik kepada tajuk di atas. Mungkin ada di antara kalian yang pernah mendengarnya mungkin ada juga yang mendengarnya buat kali pertama. Sebagai permulaan izinkan diri ini memberikan definisi terlebih dahulu. NILAM ialah singkatan kepada NADI ILMU AMALAN MEMBACA.

        Pencarian Tokoh NILAM 2013 telah pun berakhir dan aku bukanlah pemenangnya pun. Tapi aku tidak langsung berasa patah hati (mungkin agak sedih) Perasaan dukacita itu normal tapi tidak berlebihan.

KEMENANGAN bukan tujuan
PENGALAMAN yang dibawa pulang
ALHAMDULILLAH kerana menjadi salah seorang CALON :D
PELUANG datang :)

#GONNA MISS D MOMENTS CHERISHED TOGETHER ♥ 
       Peluang datang tidak diduga. Sungguh aku bersyukur dengan peluang yang diberikan. Rahsia ALLAH tiada siapa duga. Aku muncul JOHAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BANDAR. Sekaligus memberikan aku peluang untuk mewakili negeri dalam KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BAHASA INGGERIS. Syukur Alhamdulillah. Biarpun kemenangan tidak digapai aku masih mampu tersenyum kerana berjaya membawa pulang manisnya pengalaman di sana. Berikut merupakan rentetan pengalaman sepanjang pengalaman aku bergelar CALON TOKOH NILAM 2013 :) Do enjoy !

Hari Pertama 

      Aku ditempatkan di BTPN Pulau Pinang bagi sesi suai kenal dengan rakan-rakan senegeri. Kemudian, persediaan dimantapkan dengan sesi-sesi berpidato dan lain-lain yang dikendalikan oleh guru-guru cemerlang.

Hari Kedua

Seronok nampaknya
    Perjalanan Kontinjen Pulau Pinang  ke BTPN Selangor. Dalam hati terasa berdebar sambil berimaginasi bagaimana agaknya suasana di sana. Kira-kira jam 4.00 petang akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Setelah pendaftaran dan 'check-in' aku pun masuk ke asrama. Waktu itu roomate aku masih belum tiba. Hati sekali lagi tertanya-tanya siapakah bakal menjadi roomate aku. Usai menjamah minum petang, roomate aku pun tiba. Alhamdullilah Nur Azwa si comel dari Kedah menjadi rakan sebilik. Dia cukup SEMPOI ! Waktu malam pula aktiviti dipenuhi dengan sesi suai kenal dan taklimat program.

Hari Ketiga

     Hari Persediaan Calon. Calon-calon dikehendaki menjejak maklumat di Perpustakaan Tun Uda. Hari yang sungguh memenatkan. Dan otak diperah dengan sungguh-sungguh bagi mengeluarkan idea dan maklumat.


Hari Keempat

     Penilaian berkumpulan juga berakhir dengan baik. Alhamdulillah rakan sepasukan sewaktu penilaian berkumpulan turut bekerjasama menyumbangkan idea. Malam pula dipenuhi dengan aktiviti Peta Mind Visual bersama PNI Neuron. Pelbagai maklumat berfaedah dapat aku peroleh. Dan yang paling menyeronokkan dapat buku percuma daripada pihak PNI Neuron.

Hari Kelima

     Perjalanan ke Perpustakaan Negara Malaysia. Kemudian, diteruskan perjalanan ke Pesta Buku Antarabangsa KL :) Cerita di PBAKL akan aku cerita di lain masa. Apa yang pasti di PBAKL setiap calon pasti merasa debaran yang tak henti bagaikan kereta api meluncur laju di landasan. Selepas perasmian tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah Anugerah NILAM 2013. Tahniah buat semua pemenang! Seterusnya, calon-calon NILAM menikmati makan malam penuh istimewa di BTPN Selangor. Acara diserikan dengan persembahan oleh calon.

Hari Keenam

     Perjalanan pulang. Saat yang menyedihkan. Semua dah menangis saat mengucapkan selamat tinggal. Maklumlah hampir seminggu berkampung di BTPN Selangor. Ukhwah yang terjalin cukup erat. Setiap perjumpaan pasti ada perpisahan. Apa yang pasti pertemuan dan perkenalan di antara kita tidak akan bisa aku lupa. Aku merasakan kita bagai sebuah keluarga :) Aku perlu berhenti di sini sebelum air mata mula merembes.

    Sesungguhnya aku tidak pernah akan lupa kenangan bersama Calon-calon tokoh NILAM 2013 :) Dan saat bagaimana kita bertemu. Masih aku ingat saat kita malu untuk bertegur sapa sehinggalah bisa lepak sekali di bilik sehingga lewat malam :) Saat masih senyum malu-malu sehingga mampu bergelak ketawa bersama. Dan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat bagi menjayakan NILAM 2013. Warga BTPN dan guru-guru :) Serta penyumbang buku-buku PERCUMA !

Now let the pictures do the talking :) Do enjoy :D

 


Tersenyum secara spontan saat lensa kamera dihala ke arah saya
   


Waktu mendengar taklimat
Sesi penilaian berkumpulan

Tekun

Waktu ini malam sudah lewat

Persediaan kali terakir

Sesi Individu

 
Penilaian bertulis aku ada di hujung memakai tudung pink :)

Sewaktu menunggu untuk dinilai

From left : Johor dan Kelantan

Persediaan

Muka tengah nervous
Semasa di Perpustakaan Negara Malaysia. From left: Iyadh student from KISAS and Abid from Tganu
Saya kelihatan begitu khusyuk
Sesi lawatan oleh Pengarah
Dapat bersalam dengan Pengarah BTPN :)

Sebelum dipanggil masuk




 Cerita ini akan bersambung di bahagian kedua :)



1 comment:

  1. Nice blog. Semoga dapat belajar dan saling berkongsi ilmu dengan anda.

    Ng Ray Man,
    http://ngrayman1.blogspot.com

    ReplyDelete