Assalammualaikum
Kata-kata ini aku pinjam daripada penulis Bahruddin Bekri di mana aku rasa sesuai dengan apa yang aku rasa sekarang. Aku ini tidaklah pula pernah bercinta kerana aku rasa ia suatu tanggungjawab yang sangat berat. Apatah lagi aku harus mengejar cita-cita dan harapan orang tua yang masih belum jelas. Masa hadapan aku masih kabur. Aku sangat takut sekiranya terbabas hanya kerana cinta sebagai penghalang. Siapa yang tidak cemburu melihat dua insan bercinta kerana ALLAH. Tapi aku bukanlah cemburu atau iri hati melihat mereka. Aku juga tidak mahu digelar hipokrit hanya kerana menyembunyikan rasa cinta. Sungguh payah untuk buat manusia sekeliling faham dan mengerti perasaan aku ini. Mungkin aku yang perasan. Semoga kata-kata Tuan Bahruddin Bekri mampu memotivasikan diri aku, kau dan mereka serta kita semuanya.
Mencintai seseorang dalam diam tanpa memberitahu mereka dan melihat mereka pergi berlalu bersama orang lain apakah makna semua itu. Anda yang membaca mungkin menebak saya sedang menyukai seseorang, bukan ? Sesungguhnya saya sendiri tidak tahu apakah makna sebenar hati ini.
Selamat membaca nukilan Tuan Bahruddin Bekri :)
Aku masih belajar dan mengapa
perlu menghadirkan cinta sebagai niat tambahan dalam belajar? Mengapa kita
ketepikan niat mahu membantu orang tua kita, niat mahu mebanggakan mereka dan
niat mahu memajukan diri dan negara? Mengapa niat mahu bercinta megetepikan
semua niat itu? Mengapa kita pentingkan diri sendiri dengan memasang niat mahu
bercinta? Selagi saya belum mampu membahagiakan ibu bapa saya dengan kejayaan
selagi itu saya tidak mampu mendahulukan bahagia cinta untuk diri saya. Maaf,
saya bukan menolak cinta awak kerana awak tidak bagus, tetapi saya terpakasa
dahulukan kebahagiaan ibu bapa saya sebelum bahagia saya sendiri.
Cinta
itu bagus, tetapi cinta hanya kerana satu sebab, iaitu mahu memiliki perempuan
cantik, itu bukan sesuatu yang bijak. Sekiranya mahu bercinta, biarkan ia datang
kerana sebab yang banyak. Sebab mahu membahagiakan ibu bapa, mahu meneruskan
zuriat dan sebab mahu mengikut sunnah. Selagi mana sebab mahu bercinta itu
satu, tangguhkan dahulu hasrat itu kerana iblis mudah memesongkan niat itu.
Ini
kerana, sekiranya niat mahu bercinta itu Cuma satu ia umpama sebatang lidi dan
mudah dipatahkan. Tetapi bayangkan sekiranya niat mahu bercinta itu banyak. Ia
umpama seberkas lidi dan pastinya sukar dipatahkan. Itulah cinta. Pastikan
cinta itu mahu dimiliki dengan niat yang banyak. Niat mahu memambahagiakan
pasangan dan aling utama kerana Tuhan. Insya-Allah ia menjadi seberkas niat
yang tidak mampu dipatahkan dan dipesongkan syaitan.
p/s : Doakan semoga saya dipertemukan dengan 'cinta' saya apabila tiba masanya. Insyaallah. Doakan semoga saya sentiasa tabah :)
0 comments:
Post a Comment