Assalammualaikum
KEJAYAAN MASA DEPAN
tidak bergantung pada prestasi lalu
tetapi kepada
USAHA & TINDAKAN MASA KINI !
Tinggal kurang lima bulan sahaja lagi peperiksaan SPM bakal menjelma. Jika ditolak tambah, kali bahagi hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan itu bakal kunjung tiba. Terdetik rasa di hati, apakah persediaan aku sudah cukup? Adakah aku sudah cukup kental untuk berjuang di Medan Peperiksaan ? Sesungguhnya aku masih memerlukan banyak, banyak dan sangat banyak lagi latihan untuk memantapkan persediaan diri.
Kadang-kadang aku pernah terngadah. Dan selalu sahaja berasa diri ini sudah tidak sanggup. Masih juga tidak yakin untuk menghadapi. Aku tahu SPM bukanlah segala-galanya tetapi ia adalah penentu masa hadapan (dengan rahmat ALLAH hendaknya, In shaa ALLAh) Ia adalah titik di mana kehidupan baharu bermula. Setelah lama berfikir semua aura NEGATIF perlu untuk DITEPIS ! AURA POSITIF yang kian menghilang perlu segera aku KEJAR dan TANGKAP. Saat ini momentum motivasi perlu diselaraskan ke tahap yang sepatutnya.
Dalam berlajar ingatlah ia ialah ibadat. Dan laksanakan ia kerana ALLAH :) Tips untuk anda juga ----> USAHA, DOA, TAWAKAL dan REDA :)
Aku tahu aku bukannya BODOH dan aku tidak pula RIAK mengatakan aku ingin seorang yang bijak. Sesungguhnya masih banyak khilaf aku dan masih banyak aku perlu belajar. Biarpun ada suara-suara yang tak berapa nak sumbang mengatakan aku tidak perlu risau dengan SPM tapi GELODAK JIWA siapa yang tahu. Hanya ALLAH yang tahu.
Aku juga tidak pernah lupa ANDA. Ya anda yang sedang meniti setiap bait kata aku ini. ANDA yang mungkin juga turut sama-sama bakal menghadapi peperiksaan SPM 2013. ANDA adalah RAKAN-RAKAN serekruit aku, seperjuangan aku. Ingatlah bahawa aku akan senantiasa berjuang bersama kalian. Ayuh, kita sama-sama mengumpul SEMANGAT, merencana IMPIAN dan meneruskan AZAM yang TERBINA. Kukuhkan tembok motivasi anda :) Kuatkan rohani dan mental anda :) Moga KEJAYAAN milik BERSAMA In Shaa ALLAH
Jauh di sudut hati, aku memohon doa kalian (anda yang sedang membaca) Doakanlah yang baik-baik untuk aku. Doakan aku semoga sentiasa di bawah rahmat ALLAH.
Doakan aku supaya dijauhkan dariapada perasaan riak dan takbur. Maafkanlah segala kesalahan aku terhadap kalian :)
Aku juga akan senantiasa mendoakan kalian :) Semoga perjuangan kita ini
diberkahi ILAHI. Setelah sekian lama.... Sudah tiba masanya aku BERHIBERNASI :)
Tinggalkan seketika ruang keseronokan. Pengorbanan sekecil-kecil ini demi
Perjuangan yang BESAR . Berdiam diri sebentar demi memfokuskan diri demi STUDY. INSYAALLAH :)
Akhir kata, gambateh. Man Jadda Wa Jadda
Tinta Penulis: Aku bukanlah seorang yang hebat berkata-kata. Aku juga bukanlah seorang motovator hebat. Tetapi aku juga manusia biasa seperti kalian. Yang punya impian dan angan-angan #MayALLAHBless SELAMAT BERMUJAHADAH :) Doakan juga aku sentiasa ISTIQAMAH :)
0 comments:
Post a Comment