Hari ini aku kembali menelaah majalah
sekolah. Ahh.. Tak mungkin. Perasaan itu muncul semula . Perasaan yang sama
waktu kali terakhirr aku menjejakkan kaki di sana. Rindu. Ya, aku rindu mereka .
Mereka yang aku membesar bersama sepanjang lima tahun lepas dalam alam yang ku panggil alam persekolahan.
LIMA TAHUN. Masa yang aku kira sangat
singkat. Rasanya baru sahaja aku mendaftar sebagai pelajar Tingkatan Satu di
SMK Perempuan Methodist. Alma mater di mana semuanya srikandi. Dari kecil hingga meningkat ke umur 17 itu satu-satunya tempat ku menimba ilmu. Dan sekarang aku sudah pun melangkah keluar dari alam sekolah
menengah . Sudah memulakan fasa baharu dalam hidup. Sepanjang lima tahun itulah
aku merasa apa itu kehidupan. Aku kenal apa itu persahabatan. Alma mater itulah
menjadi saksi jatuh bangun seorang NURUL SHAZLINA. Dalam lima tahun, utarakanlah
apa sahaja aku sudah merasa. Rasa disayangi rasa jua dikhianati. Dalam dipuja
ada juga yang mencela. Ahh.. itulah kehidupan. Manusia mana yang tidak punya
masalah kan ? Tetapi aku juga belajar banyak perkara.
Sesungguhnya aku amat rindu kini. Pada
mereka yang telah sama-sama menjadi pemain latar dalam teater kehidupan ini. Diri
ini pernah salah memilih jalan dan syukurlah masih diberikan petunjuk kembali
ke jalan lurus. Di alma mater inilah seorang NURUL SHAZLINA yang biasa-biasa
cuba keluar dari zon selesa. Bermula dari hanya mencuba nasib akhirnya terpilih
untuk mewakili sekolah dalam arena pidato. Seterusnya minat terus dilakar dalam
bidang bahas dan sajak. Shazlina dan bahasa mmemang tak boleh dipisahkan. Perlu
diingat aku masih marhaen dalam berbahasa. Aku bukanlah ahli falsafah yang punya
madah pujangga sebagai senjata. Biarlah hanya foto berbicara menyingkap semula kenangan. Terlalu banyak untuk ku coretkan. Tetapi biarlah ia tersimpan utuh di korak memori dan hati.
 |
Biar dunia semakin maju tapi jangan pernah sesekali mengabaikan alam sekitar. Ini adalah tanggunjawab kita bersama. |
 |
This was an awesome. My first time in Malacca and I had a lot of enjoyable and also some sad memories. |
 |
My big family. Working you all was a gerat experience. |
 |
Sastera dalam imejan teater. Di sinilah segala ekspresi. Di sini aku cuba menjadi bukan diriku. |
 |
Biar naib johan yang disandang. Biar hanya di peringkat kelompok tetapi impian ku tertunai. Impian untuk bertemu mata dengan sekolah hebat SMK (L) Al Mashoor |
0 comments:
Post a Comment