MACAM MANA NAK JADI “BAIK”?



Assalammualaikum


Better late than never, tapi its better not to be late



        “Macam mana nak jadi baik?” Aku pun tak pandai la sangat nak cakap. Tapi aku boleh share benda yang ada penulis ni pernah nukilkan dalam novel beliau. VERSUS by HLOVATE. Dan rasanya kia akan tanya soalan tu pada DIRI SENDIRI at some point dalam hidup. Jika anda islam , baca la , tak terniat nak perli sesiapa :)

            Untuk jawab soalan tu it’s best tu define ‘baik’ tu dulu sebab kalau tak kenal maka tak cinta. Kalau tak cinta maka tak dapat nak menjiwai. Baik tu apa? Mungkin ada yang jawab “Baik tu baik la”. Definition yang penulis ni nukilkan mudah je. Sesiapa yang beriman dengan Allah tu ‘baik’. Apabila buat semua yang Alalh suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang. Amar makruf nahi mungkar. Hence, kalau selagi ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik lagi la tu.

Contoh mudah kita ambil isu aurat. Ada orang kata biar la tak pakai tudung pun, janji solat cukup lima waktu sehari semalam. Pasal ada je orang yang pakai tudung tapi buat benda yang bukan-bukan, buat maksiat. Kira kat sini kebanyakan orang kita selalu salah faham. Sebab anggap Islam tu sekadar cukup je bersimbolkan dengan solat. Betul, solat tu tiang agama. Tapi Islam bukan hanya tertegak dengan solat je. Apabila Allah dah sebut dalam surah al-Baqarah ayat 208, maknanya memang kena settle la daripada segala benda.

JANGAN sekali-kali berkata, “Tak sembahyang pun tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. Yang solat dan bertudung pun perangai teruk.” Orang begini telah buat dua kejahatan:
1. Berani menafikan suruhan Allah.
2. Menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah


Addin tu way of life. Cara hidup. Maka, kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat , belum cukup baik lagi. Sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai short sleeves Nampak lengan, pun tak kira cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun kira tak cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai Nampak batang leher, Nampak anak rambut. Tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu.

Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vogue fashion terkini lawan dengan hujah hukum kut. It’s not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It’s about masuk ke dalam Islam secara total. Then THAT is ‘baik’.

Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola Nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau cukup solat tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.

Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanukdkhulu fissilmi kaafah. It’s in al-Baqarah ayat 208. Maksudnya, ‘masuklah kamu ke dalam Islam sepenunya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata’. Maknanya tak boleh la nak practise Islam secara juz’ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yang rasa kita nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat, kita redah langgar ja. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrace Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya.

Ustaz Azhar Idrus:
Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.
Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?
*Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut.

Tinta penulis: So, macam mana nak jadi baik? One word for the answer. PENGISLAHAN. Islah tu maksud dia secara kasarnya ‘baiki’. So, apabila pengislahan tu akan jadi ‘pembaikan’. Kiranya, diemphasizekan kat sini untuk jadi baik ni memang kena secara holistic la gitu. Just remember, masuklah ke dalam Islam secara seluruhnya. Then THAT is ‘baik’. Dan kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. tapi berusaha ke arah itu or in other meaning PENGISLAHAN. Dan kita kena ingat, Allah tengok USAHA, bukannya NATIJAH atau HASIL.


Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik..
tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan? ?
Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan? ?
Kita buat baik, tak semestinya baik..
tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan? ?
Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik..Amin Yarabbalalamin

#MayALLAHBless

0 comments:

Post a Comment