Assalammualaikum…
Antara cinta dan cita-cita? Yang mana satu agaknya pilihan anda semua? Masing-masing punya pendapat masing-masing,bukan? Kebanyakan kita pastinya memilih CITA-CITA. Tetapi tak kurang yang beranggapan cinta dan cita-cita itu perlu seiring.
Agendanya, saya punya sahabat yang merupakan atlet dalam arena sukan olahraga. Namun, bukanlah kerjaya beliau yang hendak saya banggakan tetapi prinsip beliau. Beliau pernah memberitahu saya dan masih saya ingat. Kata beliau “bila saya main sukan, saya kehilangan cinta tapi bila saya bercinta, saya kehilangan minat yang saya cinta”.
Perkenalan saya dan dia dah berlangsung selama 4 tahun dan insyaallah tahun 2013 akan memasuki 5 tahun. Saya masih ingat tarikh perkenalan dengan dia. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa dia yang saya pilih untuk bercerita. Mungkin dia pernah jadi insan yang teristimewa di hati namun apa yang penting dia menjadi sahabat saya hingga kini walaupun kami jarang berjumpa dan berhubung. Agak pelik persahabatan ini tapi itulah hakikatnya.
Yang terkini dia bakal menetap di Langkawi bagi mengikuti Kem Pelapis Malaysia. Entah berapa tahun dia bakal menjalani hidup di sana. Biarpun tiada pertemuan terakhir antara kami sebelum dia berangkat ke sana, hanyalah ucapan selamat tinggal dan kata maaf dari dia. Itu sudah cukup bagi aku. Aku bersyukur dia telah memilih hala tuju yang betul dan aku bergembira atas kebahagiaan dia.
Untuk awak, insan yang pernah saya kenali. “Semoga awak dapat menempuh segala cabaran yang mendatang dan berjaya mencapai segala apa yang awak inginkan. Saya di sini akan meneruskan hidup seperti biasa malah dengan lebih usaha lagi kerana tahun depan adalah tahun yang penting bagi saya. Awak doakanlah kejayaan saya dan kawan-kawan awak yang lain kat sini. Awak jangan lupakan saya di sini dan sentiasa ingat awak ada pendengar setia kat sini. Terima kasih kerana masih menyimpan “barang” itu dan membawanya ke mana sahaja awak pergi. Larilah dan kejarlah cita-cita awak. Moga apa yang awak impikan menjadi kenyataan. Biarpun tiada “barang”yang ada untuk saya simpan, kenangan kita akan sentiasa di kotak minda saya.
Dan tahniah awak sekali lagi membuat pilihan yang tepat dengan memilih CITA-CITA. Biarpun awak kata awak tak sempurna untuk seseorang yang awak rasa lebih baik dan pandai dari awak tapi percayalah cinta memang begitu, ia hadir untuk saling melengkapi. Biarlah hanya ALLAH yang tahu apa yang tersirat di hati wanita itu. Tak payahlah serabutkan kepala memikirkan soal itu kerana kalau ada jodoh tak ke mana INSYAALLAH. Yang penting sekarang awak harus kejar cita-cita awak macamana saya kena kejar cita-cita saya.”
Tinta penulis: Cinta sejati itu tak perlu dikejar kerana jika dia benar-benar mencintai, dia pasti akan menanti kamu. Menjadi perindu yang setia menanti di batasan waktu. Namun cita-cita itu pelu dikejar kerana jika tidak dikejar peluang yang ada pasti akan terlepas pergi. Ingat, buat lah pilihan yang tepat kerana anda ialah penentu masa hadapan anda sendiri. #MayALLAHBless
0 comments:
Post a Comment