CERITERA CINTA 2 : MEREKA DAN CINTA


Anda suka seseorang ? (Tersenyum)

Anda benar-benar menyukai dia dan sanggup hidup bersama dia hingga ke akhir hayat ? (HUH ??)

Maksud saya anda suka pada dia dan ingin bernikah dengannya ? (ENTAH)

#Jika perhubungan kalian anda tujuannnya adalah perkahwinan , maka baguslah. Tetapi jika tanpa arah tuju berhentilah, buat penghabihkan boghaih ja

KISAH CINTA 1 : Baru-baru ini aku bertemu seorang sahabat. Salah seorang sahabat baik aku sebenarnya. Dia suka seseorang sejak tahun lepas lagi tetapi takut untuk meluahkan perasaanya. Biasalah perempuan takkan nak bersikap pergi cari timba kan? Apa yang nak dikongsikan di sini bukan cara mengatasi masalah beliau tetapi bagaimana kisah ini berjalan. Sahabat aku ni sudah terlalu lama rindu pada si dia yang bernama “B”. So, setiap hari menanti panggilan dan balasan dari inbox phone dia. Hendak dijadikan cerita pada suatu hari si “B” pun online dan chat dengan sahabat aku ni. Apalagi bersorak sakan la kawan aku sorang ni sebab si dia yang ditunggu mucul di depan mata. Actually dalam chatting box ja. (jangan salah faham,sorry berdrama). Setelah puas “berdating” (sekali lagi mereka hanya berbual kosong) dapat aku lihat sinar kebahagiaan yang terpancar kat kawan aku ni. Yang kelakarnya sampai demam dibuatnya kawan aku ni. Haha ! Orang demam rindu dia demam sebab berhubung Look betapa hebatnya penangan cinta ! Mengenai kisah cinta dalam hati ni jangan Tanya aku bagaimana pengakhiranyya kerana aku takkan tahu. Biarlah masa yang menentukannya

KISAH CINTA 2: Here’s another story yang aku nak kongsikan. Another teman aku merangkap my very best friend telah melalui fasa percintaan dengan si dia yang digelar “IQ”. Setelah beberapa tahun melayari bahtera percintaan. Tanpa ribut, badai mahupun ombak yang melanda kapal cinta mereka terkandas di tengah lautan. In a simple word so korang faham “They both break-up or Putus Cinta”. Apa lagi yang dapat kawan aku ni rasa Cuma SEDIH, KECEWA, PUTUS ASA. Saat kawan aku sedang menghadapi peperiksaan awam yang penting saat itu juga dia harus menghadapi putus cinta. Kita takkan tahu jika kita tidak berada di tempat mereka yang menjadi mangsa. Apa yang aku pasti “IQ” telah memungkiri janji yang dibuat oleh dia kepada kawan aku. Setelah setahun berlalu, kini si “IQ” datang kembali menagih cinta dahulu. Jika anda jadi kawan aku apa yang anda akan lakukan? Mereka masih saling menyintai tapi entahlah. Hanya ALLAH yang tahu apa di hati mereka. Doa aku pada mereka SEMOGA ALLAH MENYATUKAN MEREKA SEMULA KERANA BAGI AKU KORANG REALLY SUITS TOGETHER .

KISAH CINTA 3: There is my friend. Dan dia adalah Golongan Adam. For me, dia amatlah baik orangnya. Hatinya ikhlas. Kata-katanya sungguh baik. Namun, semua itu tidak dapt menjamin percintaan dia dan “girlfriendnya”. Saat aku mendengar khabar sedih mengenai terputusnya cinta mereka di tengah jalan, aku agak terkejut. Masakan tidak they both are so sweet. Dia ada menulis sesuatu di wall nya yang berbunyi begini

kamu telah menyakiti saya , sesungguhnya , apa yg kamu lakukan adalah apa yg kamu fikirkan , kamu memang kejam. Pergilah dari hidup ku, jangan berpaling lagi..Selamat jalan Sang mantan “

Ruginya wanita yang meninggalkan teman saya ni. Sanggup dia mempersia-siakan insan yang begitu baik di depan mata. Kalau aku menjadi wanita yang dipilih menjadi teman hidupnya, pasti ku akan menjaga kawanku ini sebaik-baiknya

Kawan saya berkata lagi “hanya keihlasan dlm diri saja yg akn ketemu cinta yg sejati percintaan bkn skdr utk suka-2, kerna percintaan melibatkn perasaan yg dtg dari hati ke hati”

Apa yang boleh saya nasihatkan pada dia dan juga mungkin anda yang ditipu or dicurangi oleh insan yang tersayang ialah

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas usah dikenang
Cari sahaja yang baru
Tak usah bersedih
If they love us they will come back
If they don’t
You deserve a better person than him/her
Cintailah orang yang menyayangi kita
Sometimes we didn’t realise that we have lose the diamond when we are busy collecting the stones

Tinta Penulis : Begitulah kisah cinta benar yang dapat aku kongsi. Ya ALLAH, jika ada Jodoh di antara kawan baik aku dan orang yang mereka sukai. Satukanlah mereka di jalan Mu YA ALLAH Sesungguhnya aku hanya inginkan mereka mencapai kebahagiaan

1 comment:

  1. Manusia..tdak pernah puaz dgn apa yg diorang ad....so kna la pham knapa brlaku nya break up tu..

    ReplyDelete