MUNGKIN

Fikiran sering menjadi runsing memikirkan perkara-perkara yang berlaku
Kadang-kadang rasa ini tidak dipeduli, tidak dihargai
Apakah .... ?
Mungkin aku yang terlalu sensitif
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini hati aku mudah terasa
Hati kecil aku tidak sekuat dulu

Perasaan sering sahaja berbolak-balik
Ingin kuluahkan tetapi ego kuat menahan
Mungkin suatu hari nanti akan terungkai jua
Apa yang kukuh tersemat di hati

Andai nanti bila diluah sudah terlambat
Anggap sahaja ianya ujian :)
Maaf tetapi masih terlalu awal untuk mereka ketahui

Bersabarlah hati
Kuatkan semangat
Insyaallah ada cahaya yang menanti
Setelah jauh mencari dalam kegelapan

Benar awan menurunkan hujan semua orang dapat melihat
Tetapi tatkala hati menangis siapa yang tahu ?

Bibir, teruslah mengukir senyuman
Biarpun hati tidak mampu turut tersenyum
:)

Jangan biar bahagia yang datang membuat kita tersenyum
Tetapi biarlah senyuman yang mendatangkan bahagia

#MayALLAHBless

1 comment:

  1. Where have you been? I'm waiting for more entries from you, shaz...

    ReplyDelete