VERSUS


Assalammualaikum


:: MUHASABAH DIRI ::

Jika benar sayangkan Allah, mengapa INGKAR PERINTAHNYA?
Jika benar sayangkan Rasulullah, mengapa TINGGALKAN SUNNAHNYA?
Jika benar sayangkan ibu dan ayah, mengapa selalu MENDERHAKAI mereka?
Jika benar sayangkan Al-Quran, mengapa tidak MEMBACA DAN MEMAHAMINYA?
Jika benar sayangkan AGAMA, mengapa TIDAK MEMPERLAJARINYA dan MEMPERJUANGKANNYA?
Jika benar sayangkan KEHIDUPAN, mengapa TIDAK MANFAATKANNYA?
Jika benar inginkan SYURGA, mengapa TIDAK BERUSAHA untuk MENDAPATKANNYA?
Jika benar TAKUTKAN NERAKA, mengapa MASIH MENJEJAKINYA?
Jika benar TAKUTKAN MATI, mengapa TIDAK BERSEDIA MENGHADAPINYA

Secara konklusinya, I know bukan senang nak jadi baik. You’ll never reach perfection because there’s always room for improvement. Yet all the way to perfection you’ll learn to get better. Perfection is impossible. Tapi effort to be a better Muslimah/Muslim tu yang matters.
Kalau nak berubah from what we were, it’ll be hell to pay as a manner of speaking. Sebab segalanya dah terasa jadi darah daging, dan untuk mengubah hakikat tu bukan mudah. Bukan senang untuk berubah menjadi diri kita yang baharu. Memang payah tapi always remember changing for good ain’t a crime.

Sememangnya, orang yang PAKAI KOPIAH dan BERTUDUNG labuh inilah yang seringkali menjadi 'perhatian'.
Walau SALAH SEDIKIT, orang akan nampak dan PERBESARKAN benda kecil.
Walau buruknya sedikit, orang akan mengata dan memalukan.
Itu biasa. Kerana dia berkopiah dan berjilbab, maka orang pandang dia 'sempurna'.
Mereka itu terlupa, bahawa orang yang berkopiah dan bertudung labuh itu juga manusia sepertinya.
Sudah tentu ada tersalah silapnya. Maka, sepatutnya mereka itu menegur secara berhikmah bukan menghukum mem**** buta.
Dan sememangnya jika manusia yang menilai, kita ini akan muflis semata.
Itulah hakikatnya dan SEMEMANGYA kita TIDAK akan PERNAH sempurna DI MATA MANUSIA
kerana ALLAH sahaja yang TAHU NIAT seseorang itu.. :') !

Buat sahabat-sahabat, sisters and brothers di luar sana yang ingin berubah dengan senang hati saya menyokong anda. Harap berubah ke arah lebih baik hendaknya. Oleh itu, aku betul-betul syorkan korang semua baca this novel yang diberi nama Versus karya Hlovate. Cerita bagaimana berperang dengan diri sendiri. Susuri bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus mengubah haluan hidup dengan pusingan arah 180 darjah. Bacalah jika anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-ALLAH

The core of cerita is torn apart inside. Memang sakit. Sakit tanpa luka. Changes in life. Turning point. Semua orang memang akan rasa semua tu dalam usia melalui hidup ni. Turning point masig-masing berbeza . saya buka AO, saya bukan Minn. Lebih kepada versus dan perang lawan diri sendiri tu. Untuk versus ni, penilaian terpulang pada diri masing-masing. Everybody passes numerous paths along the road of life. There’s always a dilemma when it comes to choosing.

Saya harap semua dapat ambil pengajaran apa yang patut. Saya bukannya baik sangat nak mengajar orang. Mana yang baik, ambil. Mana yang salah betulkan.
“bukan mudah untuk berubah
Dari tanpa arah ke sejadah
Dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan”
So brother and sisters. Read and heed VERSUS


#MayALLAHBless

1 comment:

  1. sebenarnya nak jadi baik merupakan sesuatu perkara yg amat mudah...cma...manusia shaja yg x ada keinginan untuk berubah dan kalau dah berubah pun,,mereka tidak mampu mengekalkannya...

    ReplyDelete